_








IPOH, SELASA, 15 OKTOBER - Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah telah mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha dan Ibadah Korban serta buat julung kalinya turut mengadakan Solat Sunat Aidiladha dan khutbah di Balai Kuliah KoTaRaJa, Ipoh. Kehadiran jemaah dianggarkan 200 orang sehingga penuh ke bawah khemah di dataran astaka. Imam & Khatib jemputan ialah Ustaz Abdullah Khairi. Beliau merupakan pendakwah & motivator terkenal tanahair dari Pulau Pinang. 

Majlis seawal 8.00 pagi itu dimulakan dengan takbir raya, seterusnya ucapan aluan oleh Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Ustaz Azhan Ishak. Solat Sunat Aidiladha bermula tepat jam 9.00 pagi diikuti khutbah bertajuk "Apa milik kita?" yang telah disampaikan penuh semangat oleh Khatib sehingga meruntun jiwa jemaah yang hadir. 

Seusai khutbah, para jemaah bersalam-salaman sambil mengucapkan selamat hari raya seterusnya menikmati jamuan yang telah disediakan sebelum sesi gotong-royong sembelih dan melapah. Sebanyak 3 ekor lembu, seekor kerbau dan seekor kambing telah dikorbankan. 

Pada sebelah petang, selepas Asar, para tetamu bersama-sama dalam majlis Forum Perdana sempena Aidiladha yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Huri Alias, ahli panel jemputan ialah Ustaz Halim Din dan Ustaz Ahmad Munawir Salehuddin. Lebih 300 orang hadirin memeriahkan majlis tersebut . Majlis berakhir dengan jamuan perdana, menu istimewa ialah nasi sup tulang dan lemang kari kambing.  







0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts