_

IPOH, PERAK : Sambutan Hari Ulang Tahun ke-2 KoTaRaJa pada tahun 2012 kali ini amat bermakna apabila berjaya mengadakan Forum Perdana  dan pelancaran dana untuk meneruskan projek pembangunan di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Ipoh, Perak. Forum Perdana bertajuk ‘Saham Akhirat’ ini menampilkan dua orang ahli panel iaitu Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz yang merupakan Penaung KoTaRaJa dan Ustazah Nik Salida Suhaila (Tanyalah Ustazah TV9), manakala moderator ialah Ustaz Abdullah Khairi. Turut menyerikan majlis Forum Perdana ini ialah Allahyarham Tuan Haji Abdul Wahab Bin Hj Taib, yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mac 2013. Beliau merupakan salah seorang yang telah banyak memberi sokongan dan sumbangan untuk pembangunan KoTaRaJa. InsyaAllah, dengan berlangsungnya program seperti ini dapat memberi banyak manfaat dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.


0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts