_


IPOH, 6 Februari 2012 - Pusat Motivasi At-Taqwa menganjurkan Forum Perdana sempena HIMPUNAN CINTA RASUL di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Air Terjun Dusun Sungai Meru, Taman Meru 2C, Ipoh Perak yang menampilkan para penceramah terhebat antaranya Ustaz Harryanto Rizal Rokman atau dikenali sebagai Klon Ust. Dato’ Ismail Kamus , Ustaz Haslin Baharim (Bollywood) , Ustaz Halim Din dan Ustaz Khairul Ikhwan Zaki dari Kelantan.

Ucaptama Perasmian disampaikan oleh YB. Ust. Dato’ Taib Azamudden Md. Taib iaitu Mantan Imam Besar Masjid Negara. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid oleh munsyeed terkenal dari kumpulan Far East, Sdr. Azwan dan alunan qasidah dari kumpulan al-Ihya'.

Pusat Motivasi At-Taqwa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yg hadir, memberi sokongan dan membantu sejak awal hingga akhir program. Kehadiran adalah di luar jangkaan.


Kumpulan Al-Ihya' bersama Sdr. Azwan Far East

Sdr. Azwan Far East

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts