_

IPOH, 26 Januari 2013 - Forum Perdana dan Kenduri Aqiqah telah diadakan di Kompleks Tarbiyyah raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Air Terjun Dusun Sungai Meru, Taman Meru 2C, Ipoh, Perak bersama para penceramah jemputan, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, Ustaz Roslan Che Rus dan Ustaz Khairul Ikhwan Zaki. Forum Perdana ini telah berlangsung seawal jam 9.00 pagi.

Para hadirin tidak melepaskan peluang untuk mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan tajuk yang telah dibincangkan pada forum kali ini. Majlis diserikan lagi dengan alunan qasidah dari Kumpulan Qasidah Madih Al-Bushra.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts