_

IPOH, 1 Mei 2013 - Pusat Motivasi At-Taqwa telah menganjurkan Forum Perdana yang bertajuk Tiket ke Syurga di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Air Terjun Dusun Sungai Meru, Taman Meru 2C, Ipoh, Perak. Sebelum program, telah berlangsung gotong-royong penyembelihan kerbau. Ahli panel terdiri daripada Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz (Penaung KoTaRaJa), Ustaz Munawir Salehudin dan Ustaz Abdullah Khairi merangkap moderator. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Azhan Ishak yang merupakan Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa merangkap Pengasas Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa).

Majlis bertambah meriah dengan selingan zikir dan lagu-lagu dakwah oleh penyanyi nasyid terkenal tanah air iaitu Nazrey Johani dan anak beliau.Turut menyerikan majlis, alunan qasidah dari kumpulan qasidah pelajar tahfiz sepenuh masa KoTaRaJa. Pada akhir forum, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz telah melancarkan kutipan dana bagi pembelian van KoTaRaJa dan bidaan jualan amal. Tetamu yang hadir dianggarkan lebih 800 orang. Selepas tamat program, orang ramai menikmati jamuan Nasi Beriani Daging Pakistan. InsyaAllah, semua yang hadir mendapat manfaat. Terima kasih doa dan sokongan daripada semua.

Gotong-royong penyembelihan kerbau

Datuk Abu Hasan Din bersama Ustaz Mokhtar 
berbincang tentang pembinaan 'Dorm' kayu.





PELANCARAN DANA PEMBELIAN VAN KoTaRaJa
1. Van baru : RM 120,000.00
2. Van terpakai : RM 35,000.00

Pihak kami mengalu-alukan sumbangan derma, wakaf, zakat atau wang syubhah ( untuk tandas, jalan dsb. )
Semua urusan di atas nama : Pusat Motivasi At-Taqwa
Maybank : 558015455345 | Bank Islam : 08013010061487
(Sila SMS nama > alamat > jumlah amaun selepas transaksi dibuat ke 019-4720717 )








0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts