_

PENGENALAN

PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA (IP023170-T) berperanan sebagai penganjur pelbagai program dakwah, 100% milik bumiputera yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 31 Oktober 2005 bersamaan 27 Ramadhan 1425H. Bagi tujuan memperluaskan lagi usaha dakwah dan perniagaan sedia ada maka PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA memulakan langkah baru dengan membina sebuah perkampungan ilmu iaitu Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) yang terletak di kawasan Air Terjun Dusun Sungai Meru, Taman Meru 2C, Ipoh, Perak.

Pada peringkat awal, PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA menumpukan seluruh usaha dalam Kelas Pengajian Al-Quran dan Motivasi sahaja. Namun, selepas beberapa tahun beroperasi, syarikat ini mengorak langkah dengan mempelbagaikan program seperti menganjurkan Forum, Ceramah, Majlis Qurban dan Aqiqah, Hiburan Alternatif, Rombongan Ziarah Ulamak dan lain-lain. PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA turut mengadakan Kuliah Dhuha Pengajian Berkitab Secara Talaqqi, Kelas Tahfiz & Fardhu Ain Setiap Hujung Minggu dan Pengajian Tahfiz & Pondok Secara Talaqqi Sepenuh Masa. 

PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA diterajui oleh Ustaz Azhan Ishak. InsyaAllah, Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman yang sedia ada, dapat membantu masyarakat melalui pelbagai program didik jiwa terbaik dari kami.

VISI 

PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti pada tahap yang cemerlang melalui pelbagai program bagi melahirkan generasi  ummah yang berilmu dan bertaqwa.

MISI

PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA berusaha memberi ‘Pembaharuan, Penambahbaikkan dan Penyempurnaan’ melalui pelbagai program didik jiwa sebagai pemangkin dalam menjana kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MOTTO

"Mendidik Jiwa, Menyemai TAQWA"


PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA 
D/A Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) 
Air Terjun Dusun Sg. Meru,
Taman Meru 2C
30020 Ipoh, Perak, 
MALAYSIA. 
Emel : attaqwa.ipoh@gmail.com | H/p : +60194720717

Pihak kami mengalu-alukan sumbangan derma, wakaf, zakat atau wang syubhah ( untuk tandas, jalan dsb. ) Semua urusan di atas nama : Pusat Motivasi At-Taqwa

No Akaun Maybank : 558015455345
No Akaun Bank Islam : 08013010061487

(Sila SMS nama > alamat > jumlah amaun selepas transaksi dibuat ke 019-4720717 )

PLAN ke Pejabat Urusan Pusat Motivasi At-Taqwa 
di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah [KoTaRaJa]

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Pengguna Lebuhraya PLUS dari arah Utara atau Selatan, sila pastikan anda keluar di Exit yang telah ditetapkan. Dari Kuala Lumpur sila  Exit Ipoh SELEPAS Simpang Pulai dan ikut jalan lebuh raya hingga ke Exit Jelapang. Bagi yang dari Utara sila gunakan Exit Jelapang. Apabila keluar dari Tol dapatkan arah ke Jelapang. Pastikan anda di laluan sebelah kanan.Taman Meru [sebelah kanan] - Taman Jati [sebelah kiri]. Sila masuk ke  Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah.
Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah menggunakan papan tanda singkatan KoTaRaJa.

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts