_

10:44 PTG
0


Al-Faatihah untuk Allahyarham Ust. Adam Zainal, 36 tahun [Guru kelas Tafsir di Pusat Motivasi At Taqwa] yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 Oktober 2011.  Takziah dari kami warga Pusat Motivasi At-Taqwa.
"patahnya tak tumbuh, hilangnya tak berganti"

Hamidahbtzainal Hamidah Assalamualaikum kepada semua murid allahyarham ustaz Adam. Saya selaku kakak kepada allahyarham sangat terharu dan amat berterimakasih di atas segala penghargaan dan kasih sayang tuan-tuan dan puan-puan terhadap adik kesayangan saya ini. Kami sekeluarga amat terasa kehilangannya, lebih-lebih lagi keluarga allahyarham. Walau kini ustaz Adam telah tiada lagi didunia ini, namun segala pesanan, pengorbanan, perjuangan dan sumbangan ilmu yang telah ditinggalkan tetap abadi diingatan dan hati kita semua. Bersama kita berusaha meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkannya agar Al-quran tetap dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan kita seharian. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan para solihin..Biar badan dikandung tanah, ilmu dan budi yang baik tetap dikenang juga.....Amin. Al-fatihah.......... 

Mohd Farid al fatihah..saya selaku wakil ahli keluarga ingin mengucapkan terima kasih dan marilah kita berdoa agar ustad adam (abg) ditempatkan dlm golongan orang yang soleh..amin..

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts