_

4:57 PTG
0
Soalan :
Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh,

Ustaz Azhan Ishak
Pengarah Pusat,

ustaz,

Baru-baru ini kami ada membuat sedikt sumbangan berkaitan jualan lot wakaf dan terima kasih kerana kami telah pun menerima Sijil Belian tersebut.

Kami agak terkejut kerana sijil yang diterima bertimbun. Kami tidak tahu apa yang patut dibuat dengan timbunan sijil tersebut. kami berpendapat ianya akhirnya akan menjadi kertas contengan cucu-cucu kami sahaja.

Kami agak hairan kenapa begitu banyak sijil yang dihantar. Bagaimana dengan pembeli yang membeli dengan jumlah yang besar, pasti timbunan sijilnya yang diterima berganda lagi. Mereka pun saya rasa tidak tahu nak buat apa dengan sijil-sijil tersebut. Yang jelas ianya satu pembaziran.

Kami fikir para pembeli tidaklah perlu timbunan sijil yang banyak, memadailah sekiranya Pusat menghantar satu surat/resit pengesahan sebagai tanda penerimaan sah sumbangan/belian.

Apa-apa pun tindakan, kurangkan pembaziran , jimatkan perbelanjaan dan gunakan sumbangan kearah yang lebih bermunafaat.

Terima kasih,

Pohon Maaf dari kami.


Jawapan :
Salam > Tn / Pn,
T/ kasih atas perkara yang diutarakan.

Memang ada pihak yang membangkitkan tentang perkara ini, namun penjelasan di pihak saya adalah berdasarkan beberapa rasional dan ketetapan yang dibuat berhubungan sijil wakaf berkenaan.

Keputusan berkenaan adalah cadangan Tuan Guru Penasihat yang meminta supaya setiap pembelian RM 30 seunit lot mestilah disertakan sijil lot wakaf. Kami mencetak jumlah sijil sama dengan pecahan tanah.Jika ada yang membeli RM 30 ribu, 10 ribu keping sijil akan dikeluarkan. Ketetapan ini dibuat bagi memudahkan urusan audit. Kerana setiap sijil mewakili pecahan lot tanah.

Oleh kerana jumlah lot yang banyak, sukarelawan wakil jualan yang ramai dan pembelian yang mendapat sambutan menggalakkan ianya memudahkan pihak pengurusan mengenalpasti jumlah yang sudah dijual dan baki yang masih belum terjual melalui kaedah sijil ini . Ini berdasarkan pengalaman Tuan Guru dan sahabat-sahabat yang menguruskan jualan lot wakaf sebelum ini bagi mengatasi masalah audit nanti.

Kami melihat ini adalah cara paling efektif dan isu pembaziran tidak berbangkit setelah cadangan Tuan Guru dipersetujui oleh Jemaah Pengurusan dan dimaklum pada Penaung, Yang Berbahagia Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz.


Kami lebih bimbang jika menggunakan kaedah resit atau borang, pihak kami mungkin akan terjual lot wakaf yang sudah pun tidak ada - sold out ( Menjual tanah yang sudah cukup kuota pecahannya ). Melalui kaedah sijil ini, selagi sijil masih ada selagi itu kami tahu bahagian tanah masih boleh dijual. Habis sijil kami akan tutup jualan ini pada orang ramai.
Namun bagi pembeli yang tidak mahu sijil yang dibeli dengan jumlah yang banyak, kami akan menyimpan sijil berkenaan dan dicop " SUDAH DIJUAL" .

Terima kasih atas perkara yang dibangkitkan. Tuan / Puan boleh hubungi terus saya untuk penjelasan lanjut melalui talian 019-4720717.


Salam hormat,

Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa.
Pusat Motivasi At Taqwa,
Taman Meru 2B,
Ipoh, Perak.

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts