_

12:47 PTG
0
Assalamualaikum
Pertama sekali saya ucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dapat berkongsi maklumat dan jawapan bagi memberi penjelasan berhubung beberapa komen yang tersasar dari beberapa pihak berhubung perjalanan operasi dan program serta yuran yang dilaksanakan di Pusat Motivasi At-Taqwa.

Sehubungan itu pihak kami ingin menjelaskan bahawa yuran pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang ditawarkan oleh pihak kami iaitu RM 70 sebulan dan pendaftaran percuma adalah berpatutan dengan kemudahan, khidmat dan pakej yang ditawarkan seperti berikut :
1) At-Taqwa - Pengajian secara individu dihadapan guru untuk tumpuan lebih berkesan dan berkualiti
Tempat lain **( yang didakwa pihak berkenaan / sekolah agama )
- Pengajian sekelas ramai kadang-kadang sampai 40 orang.
2) At-Taqwa - Premis disewa
Tempat lain ** - tak perlu bayar sewa
3) At-Taqwa - Gaji guru dibayar melalui kutipan yuran dan gaji minimum RM 1000-RM 1500 sebulan untuk kebajikan guru
Tempat lain ** - gaji guru dibayar kerajaan, jabatan agama melalui bantuan perkapita. Dahulu ketika saya berkhidmat
di KAFA ( sek agama ) gaji RM 288.00 pada 2004, selepas itu naik RM 500 dan terkini RM 800.
4) At-Taqwa - bayar bil elektrik, air, telefon yang tinggi kerana dikira caj premis rumah kedai.
Tempat lain - ** - mendapat potongan dan bayaran rendah kerana dikira caj sekolah, masjid dan surau.
5) At-Taqwa - Kelas pengajian yang selesa dan teratur dilengkapi penyaman udara dan cctv untuk keselamatan pelajar.
Tempat lain ** - kipas sahaja, tiada cctv.
6) At-Taqwa - Mengeluarkan kos yang tinggi bagi mempromosi aktiviti At-Taqwa di akhbar dan cetakan poster.
Tempat lain - ** - Tak keluarkan promosi kerana mengharapkan yuran yang rendah seperti RM15 atau RM20 sudah
menarik ramai ibubapa untuk hantar anak ke sekolah.

Saya menyanggah dakwaan yang menyatakan bahawa yuran kem cuti sekolah adalah terlalu mahal ;
1) Kami menawarkan kursus cuti sekolah iaitu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain selama sebulan dengan yuran RM 50.
Ramai yang telefon nak mendapat kepastian adakah yuran RM 50 itu dikira 1 hari RM 50? Saya jawab RM 50 SEBULAN Isnin-Khamis, 2 jam sehari dan diberi lagi beg fail dan sijil. Majlis Penutup nanti eksklusif bersama Ustaz Zamri TV9 ( Comfirm Ust Zamri turun untuk 16 dis, tak dapat 11 dis untuk kem tahfiz ) sekali dengan jamuan dan motivasi untuk semua ibu bapa. Tak kena sebarang caj tambahan.
2) Untuk kem tahfiz RM 360 adalah yang terendah berbanding dengan pusat pengajian / konsultan yang setanding dengan Pusat Motivasi At-Taqwa. Ada pihak yang anjurkan program untuk 5 hari 4 malam RM 500 ( RM 100 sehari ), ada yang 14 hari-13 malam dekat RM 700 ( RM 50 sehari ) sedangkan At-Taqwa 9 hari 8 malam RM 360 ( rm 40 sehari )
> Bahkan ada potongan lagi kepada adik beradik sehingga terendah RM 300.
> Program dianjurkan di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah milik At-Taqwa di Air Terjun Dusun Sg. Meru
satu tempat yang paling sesuai untuk aktiviti hafazan, motivasi dan rekreasi.
> Dalam tempoh itu juga, peserta akan mengikuti lawatan ke rumah anak yatim / rumah orang tua
( RM 360 ini termasuk tambang bas, makan minum 6 kali sehari sepanjang program 9 hari 8 malam, dobi pakaian,
cenderamata,hadiah, beg fail dan sijil )
> Fasilitator yang dipilih mempunyai rekod cemerlang, berpengalaman luas dan berakhlak untuk teladan pelajar.

Dakwaan pihak berkenaan adalah satu cubaan provokasi dan sabotaj di atas kemajuan yang dicapai Pusat Motivasi At-Taqwa. Saya tidak berhasrat memandang rendah peranan institusi lain dalam mendididik anak-anak. Semuanya sama matlamat untuk membimbing anak-anak diberikan pendidikan sempurna. Apa yang diusahakan di Pusat Motivasi At-Taqwa adalah menawarkan perkhidmatan kepada umat Islam. Pilihan di tangan mereka untuk memilih dengan bijak. Soal mahal atau murah, mampu atau tak mampu, kualiti atau tidak terpulang pada individu kerana ada program yang kita letakkan yuran rendah ada yang sederhana bahkan ada program percuma seperti kelas pengajian berkitab. Namun orang yang komplen macam-macam adakah dia datang atau ajak orang untuk datang? Yang pasti kami di at Taqwa mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan kami setakat termampu. Kami langsung tak berbangga dengan meletakkan yuran murah dan ramainya pelajar untuk menggambarkan sambutan hangat untuk dicanang pada umum sedangkan pelajar / peserta seperti anak ayam kehilangan ibu apabila menghadiri program yang dianjurkan. Kereta Mercedes dengan kereta Kancil tak sama..... memang dua-dua ada 4 tayar, ada stereng dan boleh dipandu.....yang pasti ada perbezaannya. Tepuk dada tanya iman, perbuatan memfitnah merugikan dunia akhirat.
Saya seru kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan khidmat kami sila datang buat aduan secara terhormat. Sila dapatkan penjelasan dari mulut saya sendiri selaku Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

AZHAN BIN ISHAK
Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts