_

9:03 PG
0
Taman Meru - Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Jualan Amal Lot Wakaf Kompleks Tarbiah Raudhatul Jannah yang di diadakan di Pusat Motivasi At-Taqwa, Pusat Komersial Taman Meru 2B di sini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Menurut Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Ustaz Azhan Ishak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Tarbiah Raudhatul Jannah berkata, jualan lot wakaf itu bertujuan mengumpul dana untuk membeli tapak tanah bagi tujuan pembinaan sebuah kompleks ilmu. Tapak tanah berkenaan terletak di Rancangan Dusun Sungai Meru bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan yang memiliki aset panorama yang indah, aliran air terjun dan dusun buah-buahan. Suasana sebuah perkampungan ilmu dan Islamik akan diwujudkan dengan terbina maahad tarbiah dan tahfiz serta pondok warga emas. Kompleks berkenaan juga bakal dilengkapi kemudahan rekreasi, motivasi, kursus dan latihan.

Sehubungan itu kata beliau, bagi menjayakan cita-cita murni itu, umat Islam dipelawa membeli lot wakaf tapak tanah berkenaan dengan harga minima RM30 seunit.Setiap pembelian akan disertakan dengan sijil penyertaan. Pembeli lot wakaf ini bolehlah meniatkan belian itu dengan mewakilkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Tarbiah Raudhatul Jannah membeli dan mewakafkan tapak tanah berkenaan.Niat wakaf tersebut bolehlah untuk diri sendiri atau pada mana-mana individu seperti ibu, bapa atau nama arwah-arwah.Mudah-mudahan dengan amalan berwakaf ini individu yang berwakaf memperolehi pahala berterusan walaupun telah meninggal dunia selagi mana tanah yang diwakafkan itu digunakan untuk tujuan kebaikan seperti terdirinya sebuah pusat pengajian ilmu agama.

Sementara itu, Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz telah berucap dan seterusnya melancarkan jualan amal lot wakaf tersebut.Dalam ucapannya, Datuk Abu Hasan menyeru umat Islam bersama-sama membantu menjayakan pembangunan kompleks ilmu agama yang diasaskan oleh Ustaz Azhan. Ustaz Azhan yang dikenali sebagai pendakwah dan penceramah motivasi itu amat gigih mengusahakan dan memajukan pembangunan kompleks yang dikelolakan Pusat Motivasi At-Taqwa walaupun mengalami kurang upaya di tangan kesan terbabit di dalam kemalangan jalanraya 6 bulan lalu.

Pada majlis berkenaan turut diadakan solat sunat hajat dipimpin Mudir Maahad Pondok Syubbaniah, Batu Kurau, Tuan Guru Ahmad Tajuddin Md. Jali . Majlis yang dimeriahkan dengan jamuan kesyukuran itu berjaya mengumpulkan dana RM 35 ribu ringgit dengan kehadiran hampir 300 orang.


Orang ramai yang berminat menyertai pembelian lot wakaf boleh dibuat melalui akaun Pusat Motivasi At-Taqwa MAYBANK : 558015455345 BANK ISLAM : 08013010061487. Sila maklumkan nama, alamat dan jumlah lot yang dibeli selepas transaksi bank dibuat di talian 019-4720717.Orang ramai juga boleh membeli dengan datang sendiri ke Pejabat Urusan Pusat Motivasi At-Taqwa.

Update 1 Oktober 2011 :

(MAAHAD TAHFIZ, PENGAJIAN PONDOK DEWASA / WARGA EMAS & KEM MOTIVASI) 
PENGAJIAN TAHFIZ & PONDOK HUJUNG MINGGU TELAH PUN BERMULA.

Fasa 1 : Dewan Serbaguna & Asrama 150 orang telah beroperasi

:. JUALAN SALAM LOT WAKAF BANGUNAN SURAU SEUNIT LOT RM 50.00
:. JUALAN AMAL LOT WAKAF TANAH SEUNIT LOT RM 30.00
:. JUALAN SEUNIT RUMAH WAKAF RM 29,900.00

 ---> Setiap pembelian disertakan sijil lot wakaf
 Semua urusan di atas nama : Pusat Motivasi At-Taqwa
Maybank : 558015455345 Bank Islam : 08013010061487
(Sila SMS nama > alamat > jumlah amaun selepas transaksi dibuat)

 “ Marilah membangunkan sebuah perkampungan ilmu di kawasan air terjun dan dusun buah-buahan ”

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts