_

3:51 PTG
0
Padang Rengas – Seramai 125 orang pelajar daripada 9 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat ( SRAR ) Zon 1, Parlimen Padang Rengas menghadiri Seminar Teknik Menjawab dan Motivasi Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain ) bertempat di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falahiah Kampung Buaia, dekat sini.
Motivator jemputan, Ustaz Azhan Ishak yang merupakan Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa telah menyampaikan slot khas motivasi “ Pautan Kasih ” kepada para pelajar dengan ibu bapa serta guru-guru. Diakhir slot beliau, para pelajar telah diminta memohon restu ibu bapa dan guru bagi mendoakan kejayaan mereka di dalam peperiksaan serta menjadi anak yang soleh dan solehah. Keberkesanan motivasi yang disampaikan beliau dapat dilihat apabila para hadirin memberi tumpuan dan menitiskan air mata dengan slot tayangan dan ceramah lebih dua jam tersebut.
Majlis berkenaan dirasmikan penutupannya oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Haji Mohd. Nasar bin Kurdi.


Sementara itu, Ustaz Azhan ketika ditemui berkata, Pusat Motivasi At-Taqwa yang terletak di Taman Meru 2B, Ipoh akan menganjurkan program cuti sekolah sempena musim cuti persekolahan pada hujung tahun ini. Program yang bakal dianjurkan adalah Kem Pra-Tahfiz dan Fardhu Ain ( 5-13 Disember ) Kem Kepimpinan Jatidiri Remaja ( 18-20 Disember ) dan Kem Motivasi Perdana Anak Soleh yang akan diadakan di Batu Ampar Resort, Lubuk Merbau, Padang Rengas ( 27 Disember – 1 Januari 2010 ) Keterangan lanjut bolehlah menghubungi beliau sendiri di talian 019-4720717.

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts