_

1:59 PTG
0
Ipoh – Sekolah Izzudin Shah baru-baru ini mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat yang disertai pelajar, ibu bapa dan guru bagi memohon kepada Allah SWT kejayaan untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

Sebelum itu, satu majlis ceramah motivasi disampaikan oleh Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Ustaz Azhan Ishak berlangsung di Dewan Datuk Seri Ghazali Jawi iaitu dewan besar sekolah tersebut.

Ceramah dan tayangan lebih dua jam itu menyuntik semangat pelajar untuk mempertingkatkan keyakinan diri dan menggenggam kejayaan seterusnya mencipta kecemerlangan yang dibanggakan.

Ustaz Azhan dalam ceramahnya, menyeru para pelajar Sekolah Izzudin Shah agar turut sama membantu menyelamatkan masyarakat terutamanya rakan remaja yang terjebak dengan gejala sosial.

“ Sebagai pelajar sekolah agama yang ulung di Perak, para pelajar Sekolah Izzudin Shah yang terpilih dikalangan yang terbaik untuk memasuki sekolah ini, haruslah menunjukkan contoh teladan akhlak yang baik” seru beliau lagi.

“ Para pelajar Sekolah Izzudin Shah perlu bersyukur, kerana Allah telah memilih kamu semua berada di suasana didikan agama dan perlu berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang membantu pelajar untuk menjadi insan yang berguna kepada ummah dan negara” tambah beliau.

Di majlis itu, pelajar tingkatan tiga dan lima yang merupakan calon peperiksaan PMR dan SPM memohon restu dengan mengucup tangan dan memeluk ibu bapa dan guru yang hadir.

KOLEKSI GAMBAR

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts