_

11:28 PG
0
P.Buntar - Seramai 80 orang pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM dianggarkan telah menghadiri Program Ceramah Motivasi Anak Soleh pada 31 Julai 2009 jam 8.30 malam bertempat di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al Falah, Tanjong Piandang, Perak. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Azhan Ishak ( Pengarah Pusat Motivasi At Taqwa ) dengan penuh semangat dan kesungguhan supaya para pelajar ini dapat bermuhasabah dan meningkatkan prestasi diri menuju jalan keredhaan Allah.

Alhamdulillah, beberapa orang guru turut sama mendengar dan menghayati ceramah ini dan memberi sokongan kepada anak didik mereka. Tahniah dan syabas kepada para pelajar yang mempunyai keinginan memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kelebihan diri serta berusaha ke arah menuju hasrat tersebut. Sungguhpun di awal program ini terdapat sedikit masalah teknikal, syukur segalanya berjalan lancar dan para pelajar menumpukan sepenuh perhatian sepanjang ceramah ini berlangsung.

Penyampaian sijil dan cenderamata disampaikan oleh Ustaz Zolkapli bin Hamid ( Penolong Pentadbiran ). Terima kasih kepada Puan Azrina bt Zulkafli, pihak sekolah dan asrama yang sudi bekerjasama bagi membentuk generasi yang bertaqwa.



0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts