_

12:58 PG
0
Bagan Serai – Seramai 120 orang pelajar tahun 6 menghadiri program motivasi Pecutan Akhir UPSR anjuran Nisa’ Kawasan Bagan Serai. Penganjur yang pada awalnya menjangkakan penyertaan seramai 50 orang bersyukur program berkenaan mendapat sambutan luar biasa dari pihak sekolah-sekolah sekitar Parlimen Bagan Serai.

Di majlis tersebut, penceramah motivasi jemputan, Ustaz Azhan Ishak yang merupakan Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Taman Meru 2B, Ipoh telah menyampaikan motivasi dengan penuh semangat dengan memberikan tips menjana kecemerlangan dan persiapan menghadapi peperiksaan dari sudut kerohanian, fizikal dan mental.

Ustaz Azhan berkata, kejayaan yang cemerlang seorang pelajar bukan haya setakat cemerlang dari sudut pencapaian akademiknya, ianya lebih bermakna jika ianya seiring dengan kecemerlangan akhlak dan keperibadian pelajar sebagai anak yang soleh.

Di dalam slot ceramah dan tayangan lebih dua jam itu, Ustaz Azhan selaku motivator menarik perhatian peserta dan hadirin terhadap kepentingan berbuat bakti terhadap ibu bapa sehingga semua yang hadir menitiskan air mata.

Program yang diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan Ustaz Wahab Nor dekat sini, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) Gunung Semanggol, Ustaz Ramli Tusin.Turut hadir, Penasihat Pusat Motivasi At-Taqwa,Ustaz Idris Ismail Al-Hafiz.

Koleksi gambar sepanjang program berlangsung


Gambar Kenangan


YB Ustaz Hj Ramli Tusin

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts