_

10:16 PTG
0


Tambun – Suasana hiba dan linangan air mata di dalam slot motivasi oleh Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa Ipoh, Ustaz Azhan Ishak telah mencetuskan perasaan kesedaran dan keinsafan dikalangan 70 orang pelajar Maahad Tahfiz Quran ( MTQ ) Ad-Din yang hadir di majlis tersebut baru-baru ini.

Ustaz Azhan di dalam ceramahnya menyeru kepada hadirin, agar peri pentingnya melahirkan anak yang soleh dan solehah. Justeru itu, diantara sifat anak yang soleh adalah mentaati Allah, Rasulullah S.A.W. dan ibu bapa. Disamping itu juga, ciri-ciri anak yang soleh adalah menjadi insan yang berbudi kepada semua manusia dan mengasihi guru dan teman seperjungan.

Di majlis itu, para pelajar dan ibu bapa menitiskan air mata ketika menghayati ceramah dan tayangan yang menyentuh jiwa disampaikan motivator jemputan. Kemudiannya para pelajar memeluk erat, mengucup tangan dan pipi ibu bapa masing-masing memohon restu dan kemaafan.

Penyelaras MTQ Ad-Din Negeri Perak, Ustaz Sabri Nordin Al-Hafiz berkata, ceramah yang disampaikan oleh motivator jemputan amat berkesan sekali dan pihaknya akan mengundang Ustaz Azhan Ishak sebagai motivator ke semua 9 cawangan MTQ Ad-Din seluruh Negeri Perak

Majlis yang diadakan di Masjid Al-Ihtidaiyah, Tambun itu diadakan bersempena Hari Bertemu Pelanggan, Motivasi Kecemerlangan dan Sambutan Israk Mikraj anjuran MTQ Ad-Din Cawangan Tambun.

0 ulasan :

Catat Ulasan

Popular Posts